Manusia.

Monolog Tengah Malam #1

Kita ni;
letak syarat tinggi langit, setaraf wali.
Sempurna serba serbi
Hebat ilmu itu-ini
Rupa kurang lebih takat fattah amin
Kita ni;
pangkat para solihin pun jauh sekali

Mohon, jaga diri sendiri.
Angan angan letak tepi.

Bukan apa. Takut angan angan mematikan tindakan. 

Yang datang,
Sekiranya kurang baik, maka baikkan ia
Sekiranya kurang elok, elokkan ia.
Sekiranya kurang cantik, cantikkan ia.
Sekiranya kurang sempurna, sempurnakan ia.

Bukankah berpasangan itu saling melengkapi? 

Kita ni;
Bila kita nak sayang dia seadanya ia,
bukan setakat baik, sempurna dan kelebihan dia saja.
Kita ni;
Bila kita nak sayang dia seadanya ia,
Ia termasuk kurang, cacat, kurangnya dia juga.

Sayang, mohon setulusnya sayang. 
Seikhlasnya seperti sayangi diri sendiri dari tersakiti. 









p/s ; its been awhile since the last time i wrote such a long poem. But, this is not a long one actually em.