Manusia.

Ayah.

Di sebalik bebelan ayah yang kau benci itu.  Terselit kasih sayang yang bisa engkau hirup. Sekurangnya engkau  merasa wujudnya ayah itu dalam hidup engkau. Kerana di sebalik tirai hidup orang lain ada manusia yg mengharap menerima semua bebelan itu. Sebab ayah itu sudah lama jauh dari hidup dia.

Di sebalik tegasnya keputusan ayah yang bercanggah dengan minat engkau itu. Terselit harapan melihat kesayangan berjaya: dunia akhirat. Bukan untuk siapa siapa.Tapi untuk diri engkau juga. Ya, semuanya untuk engkau. Dan disebalik tirai yg lain juga ada manusia yg terumbang ambing mahukan bimbingan ayah dia.

Semoga lelaki perkasa yg kian meniti usia itu terus tabah hadapi segala. Moga hari akhir aku atau hari akhir dia. Kami bersama.

Salam :)