Manusia.

Dulu aku sama macam kau.

Dulu, aku sama je macam kau. Baju ketat. Lengan pendek. Tudung pendek. Kadang kadang terjarang. 

Dulu aku sama je macam kau. Bukannya taktahu benda tu dosa. Aku tahu. Tapi, macam macam alasan yang aku cipta sendiri untuk sedapkan hati.

Dulu aku sama je macam kau. Dengar azan tapi buat bodoh. Bukannya nak pergi solat. Bukannya aku taktahu solat tu wajib.

Dulu aku sama je macam kau. Bila dengar nama nama Allah. Tak terusik sedikit pun hati untuk nangis macam orang lain.

Dulu aku sama je macam kau. Bila orang bagi nasihat. Mesti rasa nak mengamuk

"Hidup aku, lantak la"

Dulu aku sama je macam kau. Pergi kem motivasi. Nangis nangis. Bila balik rumah, aku sama je. Tak berubah.

Dulu aku sama je macam kau. Bercinta sana sini, macam takda harga diri. 


Sekarang, baru rasa. Murahnya aku dulu. Kerap sangat bagi diskaun. 
Sekarang, mengikut arus masa kenaikan harga semua benda. Aku patut naikkan harga diri aku balik.
Sekarang, azan itu terasa bagai phone call dari kekasih hati. Kalau lambat, merajuk cinta hati. Apatah lagi kalau dibiarkan tidak berjawab.
Sekarang, aurat itu terasa mahal. Berharga. 
Sekarang, nasihat itu seperti hidangan makanan mewah yang terlalu aku idamkan

Sekarang aku kau kita semua perlu terus berusaha untuk jadi lebih baik. Sampai bila nak buat perkara yang Allah tak suka.

"Berapa ramai manusia yang tak suka solat, tak suka tutup aurat, tak suka puasa, tak suka mengeluarkan zakat. Tapi, sukakan syurga" -Syakirah Izwanie