Manusia.

Pandangan.

Assalamualaikum wbt.

Jika kau kata perompak itu jijik. Apa bezanya dengan kau yang tak tutup aurat? Jika kau kata penzina itu hina. Apa bezanya dengan kau yang tak pernah solat? Bahkan sengaja meninggalkan solat. Jika kau kata pembunuh itu kejam. Apa bezanya dengan kau yang sentiasa mengutuk dan memfitnah orang?

Fikir.

Berapa ramai manusia yang suka tuding jari dekat orang lain. Sedangkan diri sendiri dah lama jatuh dalam lembah hina. Berapa ramai manusia yang sentiasa nasihat orang. Sedangkan diri sendiri hanyut di sungai maksiat. Berapa ramai yang suka kutuk orang, dalam diam diri sendiri yang sepatutnya dia kutuk. Diri sendiri yang sepatutnya mereka kritik.

Berapa ramai manusia yang mengutuk manusia lain seakan diri sendiri terhindar dari dosa.

Yang maksum itu para Nabi dan Rasul.

Kita ini siapa hendak berlagak alim? Kita ini siapa hendak menghukum?

Ramainya manusia sekarang bercakap seperti syurga dan neraka berada di atas tangan mereka. menghukum sesuka hati. membuta tuli. Mereka yang ditegur, memang mereka melakukan dosa. Tapi, jangan sesekali tutup mata mereka dari melihat rahmat Allah dengan cara sesuka hati mengatakan mereka akan masuk neraka. Ingatkan mereka tentang betapa luasnya pintu taubat yang telah Allah buka kepada manusia.

Kau , aku , kita semua perlu gunakan masa untuk muhasabah diri sendiri. Bukan muhasabah orang lain selamanya sampai diri sendiri tersungkur. Tak siapa peduli termasuk diri sendiri. Orang lain bangkit. Jadi lebih baik kerana kutukan kau. Kau pula tambah dosa setiap masa dengan mengutuk orang. Sudah sudah! Hentikan kerja ni.

Sebelum kata tentang aurat orang. Tengok aurat sendiri. Sebelum kata tentang masalah orang, tengok masalah sendiri. Sebelum kata tentang perangai orang lain. Tengok perangai sendiri. Apa kita sudah cukup bagus?