Manusia.

Cerita.


Assalamualaikum wbt :)
Sabda Rasulullah SAW :

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

Syamira sibuk bergelak ketawa dengan rakan rakan dia. Kelas bising sangat waktu tu. Budak perempuan gosip. Budak lelaki pun......gosip. heh. Kelas 4sains1 diisi dengan gelak tawa yang menggila dari mereka. Seronok. Memang. 

"Puan Halimah datang!!" Jerit seorang pelajar dari hadapan kelas.

Semua pakat kelang kabut pergi tempat duduk mereka sendiri. Yang menyanyi terus senyap. Yang gelak terbahak bahak tadi sedaya upaya berusaha tahan tawa dari terhambur keluar. Semua berlakon rajin. Ini lakonan bukan penipuan. 

Semua berdebar menanti datangnya cikgu Limah ke kelas mereka. Kejap kejap pandang pintu. Akhirnya, Puan Halimah muncul di pintu kelas mereka. Kelas senyap. Sunyi. Amir yang baru hendak mengarahkan rakan sekelas berdiri untuk memberi salam. Puan Halimah sudah menunjukkan isyarat supaya semua duduk. Pandangan Puan Halimah tertumpu sayu ke arah Syamira. Semua kelihatan pelik. Aneh dengan situasi ini. Dalam hati Syamira. Debaran dia lain macam.

"Syamira..... ke sini kejap" Arah Puan Halimah.

*Syamira jalan dengan debaran. debaran yang dia tak pernah rasa selama ini*

"Ya cikgu?" 

"Ada berita cikgu nak beritahu pada kamu"

"Berita apa cikgu?"

"Cikgu harap kamu dapat terima berita yang bakal cikgu sampaikan ini"

"Cikguuu. Cakap jelah. Cikgu buat saya takut"

Syamira seakan menggigil. Takut dengan berita yang bakal dia terima. Istighfar tanpa henti di dalam hati. Supaya berita itu dapat diterima dengan berlapang dada.

"Tadi saya dapat panggilan dari makcik kamu. Dia kata....." Puan Halimah tak sanggup untuk sampaikan berita ini. Kata kata seakan tersekat di kerongkong nya.

"Dia kata apa cikgu?" Syamira seakan mendesak.

"Tadi makcik kamu kata, mak dan ayah kamu kemalangan. Dua dua meninggal dia tempat kejadian" Air mata Puan Halimah menitis selepas menyampaikan berita tersebut.

Syamira terkejut. Dia terduduk lemah. longlai tak berdaya. Rakan sekelas perempuan terus mendapatkan Syamira. Memberi pelukan dan kata semangat. Tapi..... itu tak berhasil. Esakan Syamira semakin kuat. Puan Halimah turut mendapatkan Syamira dan memeluk erat gadis kecil molek itu. 

"Jangan macam ni. Banyakkan istighfar. Setiap yang hidup pasti akan mati"

"Kenapa mesti hidup kalau akan mati?"

"Sebelum bertemu mati, kita kena hidup dan beribadah."

Syamira terus terusan menangis.

"Sudahlah Syamira. Pergilah buat solat sunat dahulu di surau untuk tenangkan diri. Nanti makcik kamu akan datang ambil kamu untuk bawa kamu ke hospital"

Syamira turuti arahan gurunya itu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Usai solat sunat, lama Syamira bersimpuh atas sejadah. Berdoa, berzikir. Memohon ketenangan kepada pemilik kehidupan. Airmata Syamira tetap tak berhenti menitis. 

"Kenapa masih menangis ni sayang? Apa kamu tak percaya pada takdir?"

"Saya sayang mak dengan ayah"

"Ya. Allah pun sayang mereka. Jadi Allah jemput mereka dulu. Bukankah setiap yang hidup PASTI akan mati. PASTI!"

"Ya. saya tahu itu"

"Habis tu, apa yang buat kamu meraung tanpa kawalan tadi?"

"Maaf. Saya melampau dalam kesedihan sedangkan terlalu banyak kebahagiaan yg Allah pernah beri. Saya cuma...."

"Cuma apa?"

"Bukankah ketika sudah mati, Bekalan yang dibawa itu ada tiga dan salah satunya adalah doa anak yang soleh dan solehah"

"Ya syamira. Jadi?"

"Apakah saya sudah cukup Solehah untuk bantu mak dan ayah saya di sana nanti?" Kata Syamira kembali teresak esak..........