Manusia.

Gila.

Kau pernah fikir apa rasa dia bila orang yang pernah janji untuk selalu dengan kau tiba tiba hilang?

Sakit doe! Kalau aku jenis orang yang gila. Ada sawan khinzir.
Aku pasti dah toreh toreh tangan.
Terjun bangunan bagai.

Maaf. Dalam hati aku masih ada tuhan.
Cuma kadang kadang aku sendiri buat buat buta.
Lari dari tuhan sendiri.
Bangang betul aku.

Kau pernah rasa manusia yang dah janji untuk setia.
Pergi tanpa berita.
Dia fikir kau GPS yang boleh detect walau kat mana dia berada.
Kau keliru.

"Dia nak aku cari atau dia minta aku lari?"

Diam.

Nak nangis. Dah tak larat.
Tangki airmata dilanda kemarau.
Kering kontang.

Nak marah. Hati aku tak pernah sampai

Diam; teruskan hidup dengan senyuman palsu.

Mungkin aku yang tak faham dengan niat dia,
Mustahil untuk aku tafsir niat manusia hanya dgn melihat tindakan dia.
Kan?

Apa yang pasti.
Satu kegilaan yg aku tak pernah mengerti.
Mengapa sayang itu tetap ada dan bertambah,
setelah beribu kesalahan itu dilakukan?

Sumpah. Perasaan itu sama dan tak berubah.
Langsung tidak.
Ni lah - cinta gila.