Manusia.

Weh, dia curang.


Kopi di atas meja aku hirup. Laju je hidro itu mengalir dalam organ yang memang ditugaskan untuk melakukan proses pencernaan. 

Ah. Nikmat.

Setelah 10 minit berehat dari menghadap buku buku. Aku memulakan kembali misi untuk mengulangkaji. Jam baru menunjukkan pukul 9.30 malam. Mata mengantuk bagai nak gila. Ah, setan ini kalau melakukan tugasnya memang hebat. Tapi, orang mukmin yang dalam hatinya ada agama pasti boleh lawan segala hasutan. Muslim yang dalam hatinya ada Allah sangat hebat.

Sedang aku leka mentelaah pelajaran. Housemate aku baru balik. Agak lewat dia balik rumah. Sikap yang agak tidak manis buat seorang gadis perawan. Sempat aku jeling dia. Muka kepenatan tanpa senyuman. Mata merah tidak pasti kerana mengantuk atau baru lepas nangis. Ok, biarkan dia. Biar dia rehatkan diri. Aku terus tumpukan perhatian dengan ulangkaji yang diselangi dengan twitter. Pfft.

"Wina, Busy ke?" 

Terus aku halakan pandangan ke arah Puteri. Puteri Afrina Balqis, indah nama seindah rupanya. Subhanallah.

"Ya Put, takde ah. Tak busy sangat pun. Kenapa?"
"Hmmmmm." Dia terus diam tanpa kata.
Aku hentikan kerja aku lalu berjalan ke arah puteri. Kenapa lagi dia ni? Aduh. 

"Put, kau ada masalah ke?"
"Hmmm, Ada. Tapi, aku taktahu cemana nak cerita"
"Kalau kau dah tahu cemana nak cerita. Kau panggil aku"

Tetiba aku rasa ayat aku macam ting tong je. Ayat orang mengantuk. Akhirnya, aku buat keputusan untuk tetap duduk sebelah dia sampai dia ready nak ceritakan kat aku semuanya, Aku terus halakan pandangan ke televisyen sambil menanti dia memulakan bicara.

"Lutfi curang"
"Ha, apa?"
"Lutfi curang weh. Dia curaaaang. Dia ada ramai skandal"
"Habis tu? Sebab tu je kau sedih."
"Hmmm. Selama ni aku ingat dia setia. Aku ingat dia sayang aku gila gila, Kau tengok la cara dia layan aku. First class! Tak sangka dia curang."

Agak terkejut. Aku cuba untuk bertenang. Setenang air yang aku hirup tadi. ok

"Mana kau tahu dia curang?"
"Ada orang cerita kat aku. Orang kata, dorang nampak lutfi dengan perempuan lain. Ada yang kata, Lutfi sendiri mengaku kat dorang"
"Ha, ni masalah dia. Kau tak nampak, tapi kau dengar. Tak salah nak dengar kata kata atau cerita dari orang lain. Selagi kau tak nampak, jangan percaya. Jadikan cerita yang kau dengar tu sebagai amaran. Hati hati lepas ni. Jangan terlalu percaya. Jangan terlalu tidak percaya. Mana tahu, kawan kawan engkau yang berdusta. Isi hati mereka kita taktahu.Niat mereka kita taktahu"

Semua orang boleh berdusta. Selama kita hidup, entah berapa kali kita pernah ditipu. Kita je blur, tak sedar diri ditipu.

"Tapi, sekarang dia layan aku pun macam nak taknak je"
"Beb, dia tahun ni kan tahun akhir. Dia nak final exam dah. Hormat waktu dia. 24 jam tu dia nak bahagikan untuk dia bersama Allah, keluarga, buku, kau, kawan kawan. Kau ingat senang? Jangan pentingkan diri. Hormat waktu dia dengan orang lain."
"Tapi weh, dia janji untuk selalu ada dengan aku"
"Janji yang pasti itu hanya dari Allah. Janji manusia tiada yang betul betul pasti. Dia janji untuk selalu ada dengan kau? Dia ada dengan kau walau seketika kan? Aku rasa dia cuba untuk sentiasa ada dengan kau. Tapi, situasi yang tak mengizinkan. Yang sentiasa ada dengan kita itu Allah"

suasana hening seketika

*aku sambung bicara*
"Kalau betul pun dia curang. Apa masalah dia? At least, sebelum korang ke fasa seterusnya kau dah tahu perangai dia. Kalau betul dia curang, ada banyak cara kau boleh selesaikan masalah dia. Bagi aku, yang lemah itu akan minta putus dan berlalu pergi. Lelaki itu bahagia dengan semua skandal dan akan terus begitu. Mungkin. Kalau betul dia curang, dan kalau kau kuat. Bertahan la. Pencinta yang setia dan sejati itu akan bertahan. Tapi, risikonya besar kalau lelaki tu tak sedar sedar diri jugak. Entah. Apa yang pasti, kalau betul dia curang. Dia bahagia dengan orang lain, kau tak berhak sedih atas kebahagiaan dia. Kau patut bahagia. Sukahati sama ada engkau nak pura pura bahagia dengan dia atau kau cari kebahagiaan sebenar dengan orang lain"

Suasana hening......lagi! Keheningan dipecahkan dengan bunyi telefon Puteri. Puteri pandang aku sambil menggerakkan mulut menyebut nama Lutfi. 

"Angkatlah"

Puteri menjawab panggilan dan berlalu masuk ke bilik. Ah, pencinta gila. Banyak betul rahsia. Berkasih mahu, masalah tak mahu. Payah la. Aku tak kembali mengadap twitter. Aku buka laptop dan mula mengupdate blog. Cerita soal curaaaaaaaang. Semoga sahabat aku itu pandai membuat keputusan. Everything is depend on herself.

"Bila gadis itu lalu sahaja kau dah jatuh cinta, yang kalah itu kesetiaan. Jika gadis itu lalu dan menggoda kau. Yang kalah itu nafsu"-SyakirahIzwanie