Manusia.

"Penat. Boleh Rehat!"


Pandang sekeliling. Diam. Sunyi.

Aku rasa macam semua tak hiraukan aku. Pergh! Takde ke yang nak datang tanya

"Weh, kau okay tak?
"Awak, awak macam tak okay je. Share la dgn saya. ketawa bersama, menangis bersama"

*senyum sinis*

Aku tak perlu simpati yang penuh kepura-puraan dia itu rasanya. Takkan aku nak kata "Kau lah masalah aku sekarangg ni". Ha-ha-ha. Senyum hambar. Aku penat kena hentam bertubi tubi dengan orang yang sama, masalah yang sama dan kali ini aku mahu cara penyelesaian yang berbeza. 

"Takkan lah mengalah sahaja yang ada dalam pilihan jawapan untuk selesaikan persoalan ini?" 

Terbaring lemah. Pejam mata. Astaghfirullah rabbal baroya, Astaghfirullah minal khothoya. 
Ya Allah, kenapa aku lemah sangat ni? Cuba mencari sisa nyaman dalam kesulitan. Jumpa. Sikit sangat.

"Pergi ambik wuduk dan solat. Allah rindukan rintihanmu darimu" Kata kata dari hati buat aku bangun.

Usai merintih kepada pemilik jasad dan sekalian alam. Aku menghantar text kepada seorang sahabat fillah yang sudah aku kenali sejak aku berada di sekolah rendah.

"Assalamualaikum wbt! Maaf kerana mengganggu di lewat malam sebegini. Saya cuma ingin beritahu. Saya penat. Saya tak kuat." *Message sent* *Delivered*

Aku termenung jauh. Allah.

Aku tersedar dari lamunan apabila telefon aku melalak dengan kuatnya memberi tanda bahawa ada mesej masuk.

*Mesej dibuka*

"Waalaikumusalam wbt! Penat, boleh rehat. Rehat sekejap, bukan selamanya. Dah habis rehat, jumpa balik masalah tu dan selesaikan. Terus kuat ya sayang" 

"Tired doesn't mean give up"