Manusia.

Akan ingatkah mereka.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semakin hari semakin hampir kita dengan sebuah perpisahan. Aku seakan ingin menghentikan pergerakan masa. Aku tidak mahu melihat lambaian terakhir dari mereka. Mengapa perlu ditamatkan sebuah hubungan persahabatan dengan tangisan airmata?

Akan ingatkah mereka, saat kita semua bersatu membuat persembahan.Persembahan pada bulan kemerdekaan. Ingatkah mereka saat kita semua bergelak ketawa saat melakukan presentation? Ingatkah mereka tentang itu semua? Atau ianya sudah luput dari ingatan. 

Ingatkah mereka saat pertama kali kita semua bertemu, semuanya tidak saling mengenali. Melihat dari jauh. Kita makin rapat hari demi hari. Kita makin kenal hati budi masing-masing, Kita makin mengenali sikap antara satu sama lain. Kita cuba menerima kelemahan masing-masing walaupun terkadang menyakitkan hati. Kerana itu lah nilai sebuah persahabatan.

Akan ingatkah mereka tentang situasi di dalam kelas yg tidak pernah sunyi. Akan sentiasa kedengaran dendangan lagu dari beberapa suara-suara sumbang. Dan itu semualah yang menghiburkan hati. Apabila dikenang semua itu sangat manis. Tidak mampu untuk aku tinggalkan.

Andai selepas ini mereka semua pergi. Jauh melangkah menuju puncak kejayaan. Aku hanya mampu menadah tangan. Menghulurkan doa. Aku mahu mereka semua berjaya menjadi orang yang berguna. Andai mereka semua pergi. Aku harap mereka tidak pernah lupakan segala kenangan. Aku harap mereka sentiasa bawa Kenangan itu walau di mana sahaja. Moga kenangan itu menjadi pembakar semangat mereka semuaaa :')