Manusia.

Ibu dengan wanita itu

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Ibu aku sudah lama hidup berseorangan. Hanya kami bertiga yang menghadapi pahit manis bersama. Dia tanpa seorang lelaki yang bernama suami. Kami tanpa lelaki yang bernama ayah. Dulu aku beria hendakkan seorang ayah. Tapi, kini. Aku seakan tidak mengharap. Bahkan, aku yang lebih memilih jika ada orang yang merancang untuk menikahi ibuku. Kadang-kadang aku rasa seperti anak yang kejam. Aku kasihankan ibu yang hidup berseorangan. Apatah lagi aku kian membesar.

Tetapi, kebelakangan ini. Ada seorang lelaki. Sama tempat kerjanya dengan ibu aku. Dia berhasrat untuk melamar ibu aku. Dia sudah berkahwin. Dan isterinya mempunyai sakit buah pinggang. Ya. Aku kasihani isterinya.  Sesungguhnya isteri lelaki itu sangat baik. Dia memberi kebenaran suaminya kahwin lagi. Bahkan isterinya menawarkan diri untuk siapkan barang hantaran. Isterinya sendiri yang melamar ibu aku. Isterinya kini menjadi kawan yang rapat dgn ibu aku. Mereka kini sering berhubung. Isterinya sering memujuk ibu aku supaya menerima suaminya.

Ibu aku menjadi serba salah. Isteri lelaki itu sangat baik. Dan, untuk kali pertama aku merestui sekiranya lelaki itu jodoh ibu aku. Aku terima seadanya jika kehadiran wanita baru itu sebagai ibu tiri mampu mengubah keluarga aku ke arah yang lebih baik. Aku redha jika kehadiran wanita itu mendatangkan rahmat dan keberkatan dalam keluarga kami.

Ada suatu ayat yang pernah wanita itu ucapkan pada suaminya.

"Abang, dalam dunia ni tiada satu pun milik kita. Semuanya pinjaman semata. Termasuklah diri abang"

Aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk ibu aku. Semoga ibu menemui kebahagiaan dia (: Aku taknak tinggalkan ibu dalam keadaan kosong tanpa teman.