Manusia.

Sekiranya ibu sudah tiada :')


Malam tadi. Amat sukar untuk aku lelapkan mata. Tiba-tiba aku terbayangkan sekujur badan yang diliputi kain kapan. Aku bayangkan dalamnya adalah ibuku. Masya-ALLAH. Apa maksud semua ini? Airmata hangat membasahi sebahagian wajahku. Aku ditemani perasaan sayu pada malam itu.

Sekiranya ibu sudah tiada.

Apa akan aku lakukan?
Apa yang akan terjadi pada aku?
Dapatkah aku hidup seperti sekarang ini?
Dengan siapakah aku akan tinggal?
Rumah anak yatimkah tempat tinggal baruku?
Siapa yang akan membelai lembut ubunku seperti ibu?
Untuk siapakah aku mengejar kejayaan?
Siapa yang akan menegur silap dan salahku?
Siapa yang akan sabar dengan kedegilanku?
Siapa dan siapa?

Hatiku kuat mengatakan. Hanya ibu yang mampu berbuat begitu. Aku terfikir lagi. Begitu banyak perkara yang aku pendam dengan ibu. Malam itu juga aku rasakan seperti ingin berlari berjumpa ibu dan berkata kepada nya

Saya sayang Ibu
Maafkan salah silap saya.
Terima kasih kerana beri saya kasih sayang.
Terima kasih kerana beri saya kemudahan.
Terima kasih kerana sabar melayan kerenah saya.
Terima kasih kerana menegur salah silap saya.
Terima kasih kerana mengajar saya erti kehidupan.
Terima kasih kerana memberi saya pembelajaran yang secukupnya.

Aku tersenyum tiba-tiba. apabila aku teringatkan ibuku yang telah membesarkan aku dan abang dengan seorang diri. Tanpa bantuan Lelaki yang bergelar suami. Aku tersenyum. Bangga. Apabila memikirkan ketabahan ibuku menempuh kehidupan yang berliku ini. Dengan setiap apa yang telah ibu lakukan untukku.

Kenapa aku sanggup kecewakan ibu?
Kenapa aku sanggup membuat ibu menangis?
Kenapa aku sanggup tambahkan beban ibu?
Kenapa aku tidak belajar dan mengejar kejayaan.
supaya ibu dapat hidup senang.
Suatu hari nanti
Kenapa aku asyik nak bercinta?

Kenapa aku kata 'ILOVEYOU' dekat lelaki yang baru aku kenal.
Kenapa aku kata 'IHATEYOU' dekat ibu yang sentiasa ada di sisi aku di masa senang dan susah.
Kenapa aku susah hati bila teman lelaki aku sakit
kenapa aku tak kisah bila ibu sakit?
Teman lelaki sakit biasa-biasa sahaja.
Ibu sakit kerana mengerah keringat untuk mendapatkan makanan buat anak-anak.
Kenapa aku rindukan orang yang Haram itu.
Kenapa aku tak rindu untuk memeluk seorang ibu.

Pernah tak kita terfikir?
Dalam masa kita sedang asyik merindui teman lelaki kita.
Dalam masa kita abaikan ibu kita.
Tiba-tiba
Esoknya ibu sudah tiada.
Kita sudah luahkan perasaan sayang dan cinta dekat teman lelaki kita
Tetapi, untuk ibu. Sudahkah kita luahkan?
Tak sempat kan?
Masya-ALLAH.
Sedangkan dalam diam.
Ibu berharap anaknya menghargainya.
Tetapi tidak ditunjukkan kekecewaannya.
Ibu sentiasa tersenyum untuk kebahagiaan kita.
Tapi, kita meninggi suara.
Untuk apa?
Mengecewakan ibu.

Jadi, luahkanlah perasaan sayang kepada ibu kita. Sebelum terlambat. Sesungguhnya, kita taktahu bila ajal kita.
Assalamualaikum :)