Manusia.

Lelaki itu. Berbaju biru.


Lelaki itu, 
Segak berbaju biru
Menggalas tanggungjawab baru
Sebagai pembantu

Lelaki ituu
Bukanlah seorang wira
Tetapi dia seorang juara
Juara dalam keluarga
Sentiasa menceriakan suasana

Lelaki itu
Tidak berfikiran matang
Tetapi dia lah bintang

Lelaki itu
Tidak pernah menitiskan air mata
Hanya senyuman menjadi penenang jiwa
Sentiasa tersenyum bahagia
Menutup kekecewaan dan kesedihan yang melanda.

Lelaki itu.
Memendam rasa di dalam dada
Menyukai seorang anak dara
Tetapi diluahkan kepada MAHA PENCIPTA
Masih dijaga batas agama

Lelaki itu
Akan terus hidup begitu
Menghormati adab pergaulan 
Menyemai cinta ILAHI
Mohon diredhai

-SyakirahIzwanieRozuan-