Manusia.

Aku berlari mencari Identiti.


Aku berlari dan terus berlari.
Dengan kerut di dahi
Masih tercari-cari
Matlamat hidup ini

Peluh membasahi dahi
Ku usap dengan jari jemari
Penat dan lelah kurasai
Bila akan tamat permainan ini?

Aku rasa semua ini sia sia
Aku berlari dalam dunia
Tanpa arah tuju yang nyata
Perubahan perlu dilakukan dengan segera

Haruskah aku berlari
Dan terus berlari
Tetapi tiada bekalan
Untuk menemui ILAHI.

Ku terduduk di persimpangan
Arah mana harus ku ambil
Untuk teruskan perjuangan.

Aku bingung
Aku perlukan pembimbing
Saat itu aku sedar
AlQuran itu pembimbing

Kiamat makin hampir
Aku perhati sekeliling.
Manusia makin ramai yang terkandas
Makin ramai yang alpa
Lupa akan matlamat sebenar

Mereka mabuk dengan segala hiburan
Hingga lupa azab yang dijanjikan
Cukup kuatkah mereka untuk melawan
Ohhh, tidak akan!

Bila mereka akan sedar?
Sempatkah mereka semua sedar?
Aku pula yang berasa gementar

Aku mendongak ke langit
Masih cerah dan kelihatan cantik
Akan kekalkah kecantikan ini?
Akan kekalkah keindahan ini?

Setiap persoalan tiada jawapan
Akhirat yang akan menentukan
Semua itu satu penantian
Yang membuat kita tidak keruan.

Aku bangun dari pendudukan
Aku teruskan berlari
Mencari identiti
Sebagai wanita muslimah
Mengumpul bekalan supaya mencukupi
Untuk bertemu dengan ILAHI